Pages

Thursday, May 23, 2019

Lawatan yang single2 ke Ho Chin Minh City, Vietnam

Trip taun 2016 punya cerita heheheh

Sebelum tu, saya ada nama baru. It's kinda internet sensation's name.
Cik sopi. yup, that's my name on  the internet haha entah sapa bagi nama tu. But it is nice.

Anyway, bulan Oktober lepas, saya dan geng2, 10 orang semuanya pegi buat trip ke Ho Chin Minh City. It's my first international trip hihihi sakai sakai..kitorang pegi on the 27th dan balik Kuching pada 31st October. Actually trip ni kitorang booked awal, pada December 2016, kabarnya tiket KL-HCM (Saigon)-KL tengah murah. Entahla berapa harga tiket time tu, tapi tak lebih RM250 ulang alik, tak masuk tiket Kuching-KL-Kuching lagi. Total kos untuk tiket sahaja tak lebih dari RM500. Kalau tak salah la hehehe ohya, kitorang guna AirAsia saja. Now everyone can fly!



Here we are. Tengah makan kat KLIA2. Kebuluran sungguh2. Me? I sat at the back. Tengah melindung pipi sebelah sebab tengah mengunyah haha ni first time saya kat KLIA2. Sakai sungguh. Epot sungguh canggih. Sakai kan hahaha yela, pengganggur ba ni, keja takda, bersungguh2 buat online ecommerce untuk cari duit belanja untuk diri sendiri. Geram pulak bila terpikir pasal kenapa saya boleh hilang pekerjaan. Yihh!



Here we are dah sampai ke Saigon epot. Ada la nama official epot tu. Dalam versi Vietnamese, entah lupa apa nama *malas pulak nak mengGoogle haihh* 



Beg ni. Tedah ku ngenang. Elok je dari Kuching. Sampai je KL, masih elok. Bawa pusing2 dalam KLIA2, masih elok. Sekali sampai ke gate, entah gate yang keberapa, sekali handle nya tak dapat turun! Haiih geram saya. Bah kalau handle tu tak dapat turun, macamana nak simpan dalam cabin?! Yihh! Geram cik sopi, tuan puan. Masa kat gate tu, nah letak jak la dalam scanner tu dengan handle menjulur keluar hahahahah malu ada, nak gelak pun ada. Nasib baik adik saya ada. Kitorang konek2, dapat la turun handle tu, tapi tak dapat naik dah. Bah jinjit la beg  tu macam tu. Nasib barang dalam tu tak banyak. It's actually less than 5kg. Bah nampak sangat la pakaian tu di recycle kan. Alah..bawa seluar jeans 2 keping, baju 5 helai, spender and bra, baju dan seluar tidur. Dah. Towel kita gasak la yang hotel punya. Ada rahmat bila pandai recycle pakaian ni. hihihihih



Yang ni encik driver. Dan saya kat belakang tu tengah jinjit beg. Kan betul. Beg tu kita jinjit saja heheheh yang depan ni la kawan yang jadi tukang plan kitorang. Hotel and trip dia yang arrange. Thank you. Senang juga bila kita berjalan kat negara yang bukan English speaking ni, kita arrange airport pickup, senang.




Inilah transport kitorang. Apa ya nama van yang begini? Coach ye? Serupa van mayat pun ada hahahaha ohya, ada sorang saja lelaki dalam trip ni. Dia pegi ngan bini dia. Bini dia yang geng dengan kitorang. 

Tedah beg saya. Tergolek begitu saja. Ney nak molah, stand nya tinggal 3 biji, lepas tu handle rosak. Haiih..nang arwah yang dipaksa jadi zombie beg saya ya.



Semua dah stat pegang telepon sebab semua dah dapat simkad local. Agak mahal jugak. Tapi bila pikir kita kat tempat orang kan, beli je la. Jangan beli yang kat epot tu dah lah. Mahal. Kitorang arrange dengan travel agent tu nak beli berapa biji simkad. Beli dengan dia kos dalam RM26 (VND130,000), dapat 15GB valid for 10 days. Kalau beli kat epot, dorang jual dalam VND180,000 (RM36). So mahal la kan.



Kitorang tinggal kat Thanh Thu Hotel ni. Best gila street Benh Thanh yang kitorang tinggal ni. Bagi yang muslim, makanan memang takkan jadi masalah sebab banyak sangat kedai makan Muslim. Tapi ya la tek, mahal ooo. Kat Kuching, nasi goreng RM8 saya dah bising. Kat sini, nasi goreng Pattaya RM16 hahahah ko mok berlapar ka sik? Mun sik mok lapar, order, makan dan bayar hahahaha saya rasa macam orang kaya kat sini hahah balik Malaysia jadi papa kedana hihihihih



Nampak macam kat Malaysia kan. Ada orang bertudung camtu. Area ni memang ramai orang Malaysia tinggal. In fact, kat otel kitorang majoriti orang Malaysia yang tinggal. Ni masih lagi street tempat kitorang tinggal tu. Tau tak pasal Cao Benh Thanh, pasar Benh Thanh yang famous tu. Lokasinya memang kat tempat tinggal kitorang ni. Kat hujung tu lah pasar Benh Thanh. Saya sebut pasar bentan je haha senang.

Nampak mangga tu? Dua biji RM10 saja ok. Manis sungguh. Ohya, beli dengan Ringgit Malaysia pun dapat. Auntie jual ni siap kopek kulit, letak dalam plastik. Isi tebal, manis lagi tu. Seronok sungguh rasanya dapat makan mangga hahaha mana tak, kat sini mahal gila. Tu belum tentu lagi manis. Sekilo RM18.  Tu kalau rega RM18. Ada yang RM30. Cekik dompet betul!




Ni la bilik saya dan adik saya. Tingkat 8. Lift sebijik jak. Sekali jalan muat 5 orang. Kalau saiz gedabak keretapi macam saya, muat 4 jak la hahaha merajuk lift tu tak nak begerak sebab berat gilak hahaha anyway, the room was decent. Kita guna rest je kan. Satu je yang tak best nya. Katil kat bilik Thanh Thu Hotel ni, semuanya katil kayu. Kitorang esoknya tu semua komplen sebab katil tu bising hahahah don't ever imagine it hahah



Inilah nasi pattaya, first meal kitorang kat Ho Chin Minh. Sedap jugak. Tapi tu la tek, RM16 reganya bila convert ke duit kita. Kalau dalam Vietnam Dong, dalam VND80,000. Air kelapa tu standard la RM5 camtu. Lupa pulak harga Dongnya berapa.



Inilah benda yang saya paling nak try. Tapi tak sedap pulak kat tempat ni. Dah makan nasi goreng, benda ni pun nasi jugak. Rasanya ada daun mint. Haiihhh sungguh tak sedap daun tu. Dia bukannya daun yang macam kita tengok kat tibi tu. Atau daun lain? Resepi cakap daun mint hahahah lantak la sia. Yang penting daun tu memang merosakkan rasa rolls ni. 



Lepas tu kitorang pegi la jalan2 kat area hotel. Masuk kedai 24jam sebab nak beli air. Ni yang saya jumpa. Dorang takda pakai kotak2 macam kita kat sini. Semua paket begini. Untuk yang dairy la. Mungkin yang air bunga tu kotak segiempat tu kot. Entahlah, takda pulak jumpa air bunga tu kat sana. Kotak ni takda tempat nak cucuk straw. Cara minum mungkin buka macam kita buka keropok lepas tu sumbat straw dalam tu kot. Sebab bila beli memang dia ada bagi straw. Saya ada beli masa hari last day kat HCM, bila sampai kat Kuching, saya gunting je lepas tu isi dalam gelas. Haihh banyak keja pulak bila guna paket begini, yela tak tau camna cara minum. Rasanya sama saja, susu rasa susu, soya bean rasa soya bean la hihihihi



Tudung brand siti tu merata orang jual. RM10 jak. Material sama katanya. Apasal RM10 saja ye sedangkan kat sini, makaihh mahal sungguh. Harga yang siti jual, taktau la saya berapa. Tapi bila dikenangkan yang menjual nya tu siti, takkan harga RM20 ye tak ehehehe tudung si Lopa tu pun sama. Dorang bentang tikar kanvas tu, berlonggok-longgok tudung Lopa. RM10 je satu. Lepas beli baru dorang letak dalam plastik lutsinar tu. Dah macam orang jual sayur kat pasar tamu kat sini je rupa dorang kat sana jual tudung. Nak brand apa, brand duck ada, brand bokita ada. Semua yang korang tengok dak artis jual kat Mesia tu, semua ada kat sini. 



Ini barisan Duck, barisan siti, barisan semua. Saya pun ada ditugaskan untuk beli tudung. Cik anas yang pesan. Kita video call saja suruh dia pilih. Rambang mata si kawan. Saya pun sama sebab memang semua cantik2. Kawan saya si Zue pun asyik membeli tudung je kejanya haha dia memang pakai tudung. Bila sampai ke hotel, takda disediakan iron. Syukla kawan shopping tudung kat situ. 4 hari 4 tudung bokitta dibelinya. Sebab material bokita tak perlu iron kan. Tiap malam la kami mencari tudung untuk matching baju yang dia nak guna keesokkan nya tu. Rasa macam main dressing games pulak haha



Inilah troop kitorang. First day kitorang ambik tour ke Chu Chi Tunnel & Mekong River. jauh jugak perjalanan ke Chu Chi Tunnel ni dari area hotel kitorang. Adalah dalam 2 jam begitu. Jam 7.30pagi dah kena terpacak kat lobi. Rupanya tour guide kitorang, Mr Ken, lagi awal. Tak sempat nak breakfast pun sebab bangun lambat. Tambah lagi takda kedai yang dah buka masa awal2 macam tu, kecuali kedai non-halal yang kat hujung deret hotel tu. Tapi lambat pulak tau pasal kewujudan kedai tu.



Berapa bayaran masuk ke Chu Chi Tunnel tu, taktau la saya sebab kitorang semua diberi tiket jak, semua Mr Ken tu yang arrange. 



Ni tank peninggalan tentera US. Memang nampak kesan peluru tu. Gerun aiee. Ohya, lebih elok kalau pegi sini pakai kasut. Sebab besar kawasan kita kena cover. Area ni memang panas dan humid sebab dalam hutan. Serius memang panas. Air jangan lupa bawa.

Sebelum pegi ke area tunnel tu, korang akan lalu pameran senjata dan bom yang begini. Naik bulu roma tengok.



Our tour guide, Mr Ken. Dia asal dari Mekong. Kerja jadi tour guide dah 12 tahun. English dia boleh tahan, tapi masih pekat bahasa dorang. Dia kata rumah kat Ho Chi Minh sangat mahal. Dia sampai sekarang tak mampu untuk beli rumah. So dorang menyewa saja. Dulu datuk dia penyokong US, lepas tu bapak dia pulak jadi komunis. Bila zaman dah tak berperang ni, Mr Ken cuba nak kerja dalam sector government tapi tak boleh sebab ada sejarah famili dorang jadi penyokong US.


Tempat Vietnam army buat senjata. Siapa ada patung2 tentera.



Ini dapur. Hebat jugak dorang ni bina dapur bawah tanah. Setiap bilik bawah tanah dihubungkan oleh tunnel. Kecik jak saiz tunnel tu. Merangkak jak tau. 



Saya cubalah merangkak dalam salah satu tunnel tu. Jangan risau, setiap kali kita masuk dalam tunnel, memang ada guide tempat tu akan join sekali masuk dalam. Dorang akan bawa torchlight sekali. Ni la muka saya lepas merangkak dalam tunnel yang panjangnya 20meter. Tak susah sangat, tapi yang buat rasa nak nangis tu sebab tunnel tu agak sempit. Sakit jugaklah kaki sebab kita memang jarang merangkak kan. Kalau korang tetiba krem kaki dalam tu, memang akan susahlah. So kalau tak confident, tak payah masuk hehe cukupla satu tunnel saya masuk. Tak nak dah cuba yang lain. 


Ni contoh2 perangkap bawah tanah dorang masa zaman dulu2.




Kalau rasa nak mencuba untuk menembak menggunakan senjata, boleh cuba kat shooting range. Ada bayaran dikenakan. Berapa bayaran tu lupalah pulak hehe



Dapur ni corong asap tu kalau zaman dulu2, dorang akan buat lubang dan salurkan asap2 tu lebih kurang 300 meter dari dapur tu. Bila tentera US dapat detect asap tu, dorang akan bom tempat tu tapi tentera Vietnam selamat sebab tempat mereka berkumpul tu jauh dari situ.

Kalau nak tau, segala bilik2, dapur, rumah yang bawah tanah ni dibina dari tanah liat. Sebab tu masih kekal sampai arini sebab tak terhakis walaupun hujan lebat.



Ni bomb crater. Memang besar. Ada banyak lubang bekas bom kat area ni. Gerun jugak la.



Lepas tu ada beberapa area yang ada patung2 begini. Jangan lupa ambik gambar hehe


Kedai souvenir pun ada jugak. Bila convert ke duit kita, agak mahal la jugak. Souvenir memang cantik2.

.....to be continue..


Thursday, October 29, 2015

Bako story...

Tersangatlah hendak berceloteh tentang trip Bako hari tu...

Tetapi...tersangat la mata ni mengantok..

One more sleep to Friday!


Love,

Sofia..


 

Thursday, May 21, 2015

Bung Jagoi Aftermath



Selepas naik Bung Jagoi, apa yang jadi?

..hehehehe.....

Saya dilanda sakit kaki. Kat betis to be exact. Ayooooo....seriously memang menyakitkan. Ahad tu saya masih kena drive untuk antar adik balik ke hostel. Nasib baik keta auto.
Esoknya tu...kena pulak masuk opis. Bangun pagi tu, rasa nak tumbang sebab kaki tak dapat bengkok hahahahah jalan pun banyak sangat bunga-bunga bengkang! Tandas kat plant tu pun, bukan dekat sangat. Dahla salu kena pegi tandas sebab saya jenis yang minum banyak air. Agak2 la 3 liter satu ari. Keja saya sehari2 banyak duduk, bila bangun tu....adoiiihhhhh...nak meluruskan kaki tu, rasa nya ambi masa seminit hahahaha 

Masa lunch pun saya makan kat kantin saja sebab tak larat nak jalan jauh. Kira okayla sebab makanan kat kantin pun sedap. Hari Isnin tu memang sangat menyeksakan bagi saya. Malam tu saya cuba jadi tukang urut Thai. Urut la mana yang patut, pakai minyak angin biasa saja. Betis rasanya lagi keras dari tiang simen.

Hari Selasa masih lagi sakit. Cuma dah kurang sikit la. Saya berjalan pun agak normal sedikit dari yang semalam tu. Kurang sikit perasaan seperti kena dera oleh pak Askar. Lunch masih lagi makan kat kantin plant, kawan saya tengok saya jalan lambat, dengan bangganya dia cakap 'aku jalan dulu ya'. Yah tu baru kawan. 

Hari Rabu, yeayyy! Saya dah boleh jalan normal. Cuma masih terasa keras kat betis kanan. Tapi itu rasa biasa saja sudah! Kawan yang lagi sorang cakap, 'saya tengok kamu ada sikit jalan ok sudah ho, itu Monday kamu macam don't have knee'. Lepas tu dia gelak hahahaha adoiyaaiiii itula kawan2 kan. Yang ni saya tak kecik ati la. Yang first tu, adalah banyak terguris perasaan saya...sob sob...

Anyway, moral of the story, sebelum hiking jalan lupa buat warming up! Wajib!

Itu saja pesanan penaja blog ni.

Cheers,
Sofia. 

Tuesday, May 19, 2015

Up to Bung Jagoi!

Plan nak hiking ni saya plan kurang seminggu. Tengok kawan pos pasal trip ke Bung Jagoi, rasa interested pulak nak naik. So saya invite best friend, Along, and saya paksa adik saya, Tom, untuk naik!

Planning saya sangat yang terbaik. Plan untuk turun dari rumah seawal 7 pagi. Tapi jadi kol 8 sebab saya dan adik lambat bangun! Alarm saya dah set tapi lupa save. Saya terbangun pagi tu pun terdengar henpon bernyanyi, baru saya tersedar yang saya ada plan pagi tu hahaha jenguk2, si kawan sudah kat luar pagar rumah! Nah serabut nak buka pagar and mandi and ready. Nasib baik barang saya dah packing malam sebelum tu.

What I packed:
Backpack: Air 1 liter, Revive sebotol 500ml, sedikit makanan, topi, disposable baju hujan, towel kecik, kamera, henpon, handiplast, inhaler sebab saya asthmatic patient dan Uphamol.

Extra bag yang disimpan kat dalam keta:
1 set pakaian, towel besar, sabun mandi seketul (kawan saya bawa 1 set toiletries - semua saiz botol kecik - good idea!), deodorant, perfume, selipar dan extra 1 liter air. 

Untuk ke sana, kitorang pakai Batu 7 sebab lebih dekat la nak ke Bau. Sampai kat Bau, kitorang breakfast. Masing-masing makan nasi. Saya memang dah lapar la sebab awal2 pagi dah membuang. Lepas breakfast kitorang singgah kat KK-Mart untuk beli extra food hihihi terus terang saya cakap, saya sangat takut nanti kelaparan takda tenaga nak turun.

Jalan ke untuk ke Bung Jagoi tu senang sebab ada banyak signboard kat tepi2 jalan yang boleh jadi guide untuk ke situ. Kalau sesat, berenti je tanya orang kampung. Sebab simpang ke Bung Jagoi tu agak kecik, penanda adalah signboard warna hijau yang cakap "BUNG JAGOI HERITAGE 250m". Kalau ada kekawan lain yang ikut, suruh dorang jadi 'mata' jugak ye. Kalau macam mata saya, salu terlepas simpang. 

Kalau korang dari Bau, simpang kampung tu kat sebelah kanan. Lepas tu masuk jalan yang first sekali sebelah kiri. Lepas tu lurussssss je sampai korang nampak kawasan yang buat korang rasa 'inilah tempat tu'. heehehehe

Kitorang sampai kat sini tepat jam 10 pagi! Cuaca sangat perfect, takda panas, rasa selesa. Tapi angin kurang. 
Kalau dah jumpa rumah ni, maksudnya korang dah sampai ke starting point! kat rumah ni ada kantin, boleh beli extra air or junkfood. Tandas pun ada kalau korang nak membuang. Tapi jangan lupa bayar 50sen ye. Tandasnya bersih, jangan risau. Auntie yang punya rumah ni pun ramah.
Semua visitor Bung Jagoi wajib lapor diri. Caranya adalah, tulis nama korang kat buku ni. Nama korang penting tau, boleh jadi rujukan untuk membuat penambahbaikan kepada tempat ni. So jangan lupa tulis nama atas kertas ni!
Parking turut disediakan. Tapi jangan lupa bayar RM3, tabung parking ada disediakan kat rumah kat situ. Datangla ramai2 ye, tempat parking nya besar dan luas!
Lepas lalu kat atas jambatan tu, bermula la perjalanan naik ke Bung Jagoi. So kalau nak buat warming up, buat la masa ni. As of us, takdanya nak warming up hahahah kita redah sajak!
Dari tempat parking lagi dah dapat dengar bunyi air. Kita dapat tengok airnya sangat menyamankan minda. Yerrrrr bermadah indah! Takda sampah yang kelihatan kat sungai ni, I feel lucky!
  Ni haa warming up kitorang. Naik tangga pertama. Hari Jumaat tu saya rasa hujan satu Kuching kot termasuk ke Bau. Malam tu pun hari masih sejuk2, so sebab tu persekitaran masih basah. Tangga camni saya tak berapa suka, nak buat 2 langkah, alang2 besar, nak selangkah tapi terlalu besar la pulak untuk jenis kaki kontot macam saya ni. Akhirnya, kita buat saiz langkah XXL. Nasib baik anak tangga tak banyak. 

Ingat ni je tangga nya? Heeeeeheeeheee ni intro je sayang..
 Tangga...tangga...tangga..

Permukaan tangga dibina secara kasar untuk mengelakkan tangga menjadi licin bila hujan. Tapi tak bermakna kita tak perlu berhati2. Tangga ni...hmmm...the step is a bit weird, step tak berapa tinggi sangat, kita dapat rasa yang kita melangkah terlalu banyak dari biasa which cause a lot of energy - this explanation may not making any sense to you. Nevermind. Try dulu baru tahu hehe
 Tangga dan tangga...

That's my sister, taking her breath. Kesian kawan kena paksa join hiking ni. Dia pun ada asma jugak macam saya, so kitorang sama2 kurang aktif dalam bab2 camni. Pakai inhaler dulu la sebelum naik. Yang slim dan paling aktif bersukan tu la yang paling kat depan hahahah
 Saya gelar rumput ni rumput ikan. Entah apa nama sebenar, tak kisah lah. Rupanya macam tumbuhan yang kita tengok kat dalam laut tu kan. Sebab tu saya panggil ni rumput ikan. Kat kebun bapak saya kat kampung banyak rumput ni. Memories...
 Sebab ni adalah tanah perkampungan, memang banyak sangat pokok buah-buahan. Tangga pun tak ada tanda2 nak abis hehehe
 Inilah periuk kera. Saya excited sangat sebab akhirnya dapat tengok periuk kera secara live! Dulu masa kecik2 penah tengok kat kebun bapak, tapi tak ingat feel nya macamana. Now that I am seeing it again, I am thrilled! Kalau korang jumpa tumbuhan unik camni, biarkan sahaja. Ambi gambar dan teruskan perjalananan. Tangga menunggu kedatangan korang hahahaha
Dalam perjalanan korang akan jumpa beberapa papan tanda macam ni. Tapi sayangnya papan tanda ni tak bagitau masa tu korang kat mana - takda tanda 'anda berada disini' or 'you are here'. The only place I confirm I know, is the the viewing deck. Yang kat bawah ni.
Kitorang berhenti sekejap kat sini, berehat. Baju pun dah basah kena peluh. Saya buat zumba pun tak berpeluh macam tu. Ohya, jangan lupa pakai pakaian yang sesuai. By the way, dari viewing deck ni korang dapat tengok nun jauh...entah banjaran apa...but for sure it's very satisfying.
Tenang je. Tambah lagi dengan hembusan angin. Bunyi burung je yang korang dengar.
Tapi bila tengok sikit ke sebelah kanan, ada pulak deforestation. Sangat menyakitkan mata!
Sampah jangan dibuang sebarang. Ada tong sampah ni disediakan. Tapi kalau macam kamiorang, sampah tu bawa turun saja. Tak berat pun kan. 
Tandas pun ada. Bersih lagi tu. Tapi air sejuk la. Dorang pakai air original, air gunung!
Pangkin tempat duduk pun ada.
Kawasan ni kat area tandas tu jugak. Tempat rest yang paling luas antara banyak2 pitstop. Bersih kan, takda sampah. So sama2 la kita jaga kawasan ni.  Masa kitorang tengah berehat2, turun satu kumpulan, bila tanya kat abang tu jauh lagi ke tak puncak nya, selamba badak je dia cakap lagi setengah jam sampai kat puncak. Takdanya setengah jam. Mungkin dia fit ko, dari mata kasar saya, takdanya dia tu fit hahahaha
Herbal garden pun ada. Tapi kitorang tak masuk la. Nak kejar masa untuk sampai ke puncak. But as you can see, signboard tu takda cakap pun masuk dalam tu berapa meter kan. Tu yang buat kitorang geram sesangat!
Bila kitorang sampai ke pondok ni, baca sign kat atas dia cakap Welcome to Bung Jagoi! Aihhh yang punya sepenuh hati kitorang naik dari bawah tu bukan Bung Jagoi ke? hahahaha sekali tengok nah belakang tu - tangga said 'Hi'!

Well, ini tangga terakhir yang korang akan naik sebelum sampai ke kampung tu. Korang tau kan cerita pasal kampung kaum bidayuh yang ada kat atas tu. Sekarang ni tinggal rumah2 kosong saja. Ada beberapa source yang tulis dorang akan balik kampung ni semasa ada perayaan ataupun semasa ritual saja. Cerita selanjutnya, korang Google sendiri ya. Banyak cerita tentang Bung Jagoi ni.
Akhirnya sampai jugak ke kampung ni! Rasa jeles tengok orang bergambar kat Hobbit house ni, akhirnya saya sendiri merasa. Puas ati! Anyway, kitorang berhenti sekejap saja kat sini sebab nak cari puncak nya.




Ini la kampung yang orang cakap tu. Takda orang langsung masa kitorang sampai. It feels so peaceful here. Yang jaga kampung ni anjing 2 ekor. Mulanya dia akan menyalak2, tapi takda apa la. Jangan takut. Dorang dah biasa tengok pelawat, kan ramai hikers tiap minggu.
Puncak tu dipanggil Bung Tesen. Nak ke sana, guna jalan yang betul2 sebelah Hobbit House ni, lurus je ke depan.
 ...sampai jumpa benda segi lima ni. Kat sini ada 2 simpang. Yang kanan macam jalan kebun, yang kiri macam jalan untuk hikers, ada anak tangga yang macam korang nampak kat trail tu. Pilih jalan sebelah kiri ye. Ingat, pilih sebelah kiri. Kat sini takda signboard bagitau jalan ke puncak.
Sampai la korang jumpa signboard ni - Bung Tesen! So naik ikut anak panah. Again, signboard ni takda cakap berapa jauh jarak ke puncak tu. By the way, kitorang tak sampai pun ke puncak pun. Sebab jam pun tengahari, badan pun dah letih, perut pun dah kelaparan. Yang buat kitorang lemah semangat, tak lama lepas signboard ni, ada lagi pulak tangganya. Lemah lutut tengok tangga yang tak nampak penghujung. Mencabar sungguh nak ke puncak ni ye. Orang cakap puncak nya sangat cantik, viewnya sangat breathtaking! Takpe, lenkali kita naik lagi. 
Kitorang ambi keputusan untuk patah balik ke hobbit house tu untuk berehat. Dalam kitorang busy makan2, anjing 2 ekor ni turut naik ke atas. Kesian dengan dorang, saya bagi makan bun yang saya bawa. Nampak sangat mereka ni kelaparan. Yela, Auntie yang orang mention masih tinggal kat kampung ni pun takda aritu. Masa minggu kawan saya hiking ke sini ada pulak dia. Mungkin dia bertamu kat bawah hehehehehe 

Jadi kalau korang naik, jangan lupa bawa makanan lebih. Bawa dog food yang dalam tin tu ke. Pun ok jugak.
Pokok belimbing batu
Ritual place
Ritual place
Untuk turun tak lama, sekejap saja. Tapi kena hati2 la. Masa turun ni, saya dapat rasa yang lutut saya bergegar2 hahahah

 Jangan lupa singgah kat air gunung ni. Tempatnya sama dengan pondok yang cakap 'Welcome tu Bung Jagoi' tu. Airnya sangat-sangat sejuk, sangat menyegarkan. 

Untuk turun tadi saya cakap tak lama kan, memang tak lama pun. Kurang sejam. Tapi kitorang berhenti sekejap kat viewing deck tu. Lepak sana kejap ambi angin.

Sampai kat bawah, mulanya kitorang nak tengok air terjun, tapi tak larat lagi dah. Sampai kat bawah baru terasa kaki tu lenguh. Gini rupanya hiking, musnahlah harapan nak naik gunung Kinabalu!

Kat rumah Auntie tu, kitorang beli air sejuk. Orang cakap tak baik minum air sejuk masa badan tengah panas, tapi....kitorang minum juga heheh

Saya dan along sempat mandi kat tandas kat rumah Auntie tu. Bayar 50 sen sorang je. Baru rasa segar badan. Sebab badan memang basah berpeluh. Tambah pula, ada pulak insan request nak tengok buaya kat Jong's Crocodile Farm kat Siburan. So lepas settle semua, kitorang ke Siburan pulak. Turn Along pulak drive hehehehe

Overall pasal trip ni, saya rasa puas ati. Masa naik untuk tahap saya - 2 jam. Turun ambi masa kurang sejam. Total steps - more than 10,000 steps! 
Lepas ni saya akan naik lagi sekali. Bila, tu tak tau la. Tak puas ati rasanya tak tengok puncak yang orang cakap tu. Tak lengkap hiking ke Bung Jagoi kalau tak ke puncak Bung Tesen. 

Lain kali saya post lagi kalau saya berjaya ke puncak!

Cheers,
Sofia.